My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Sep-2009 23:34 Email | Share | Bookmark
HARI RAYA 2009/1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Sorry, Farish lambat update FP ni (bukan Farish tapi ibu).. bukan apa, laptop abi , card reader dia rosak, tu yg tak boleh upload gambar... dan ibu pun sibuk jer, asyik layan blog dan FB dia ,sampai lupa FP Farish..

Okay, raya hari tu Farish jalan sakan, tapi ibu dapat amik gambar raya banyak ni ajer.. takperlah.. meh Farish nak share gambar2 raya Farish.
Yang ni semua amik kat rumah tokwan ngan rumah mak lang ajer..


Farish posing ngan baju raya.. tahun ni baju colour kuning, siap sampin dan kopiah (tapi kopiah tu dah mana tanggalnya)


Ni gambar tokwan, tok, Mak Njang (yg tak siap lagi tu), Mak cik (tudung purple) dan Maksu (tudung merah)


Makcik bergambar ngan Makcik.. tengok Mukhriz pun pakai baju kuning gak tahun ni.


Bergambar ngan abi, ibu dan Mukhriz. Semua pakai baju kuning kecuali ibu.. Kenapa ibu pakai baju hijau??
Sebab ibu tak jumpa jubah kuning yang sesuai.. alst2 amik hijau.. kira hijau kuninglah tu.


Minta maaf yer Mukhriz.
Farish memang kena minta maaf banyak2 kat Mukhriz. Farish selalu buli Mukhriz. Walaupun Farish lagi muda dari Mukhriz, tapi Mukhriz tak berani ngan Farish sebab Farish suka buat dia. Brutal sungguh Farish ni kan...

Apapun, kepada semua Muslimin dan Muslimat.. Farish ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri..

Tahun ni Farish kumpul duit raya banyakkk.. Kira2 Farish dapat dekat RM400 dah... Alhamdulillah..
Bolehlah abi top up akaun didik ngan Nuri Farish nanti..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net