My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Sunday, 23-Nov-2008 13:49 Email | Share | | Bookmark
Hari pertama Di Kuching

Pagi-pagi Farish dah bangun. Sini tak sama cam kat Kedah. Kul 6pg dah cerah dah. Kul 7 Farish dah mandi dan ibu bawa Farish breakfast.


Farish makan bubur kosong jer. Yg lain tak boleh makan lagi.

Pas breakfast, kami plan nak gi Kg. budaya Sarawak, sekali Abi tersalah masuk jalan, tersesatlah kami dekat sejam. Last2 sampai gak kt Kg Budaya Sarawak dalam kul 10.30pg.




Farish tengah tengok show. Best, ramai awek menari2 (itu Abi suka tengok)


Baik2 ibu, jatuh nanti.....




Bergambar ngan orang Penan. Tapi Penan ni pandai speaking wo!





Bergambar kat dalam rumah panjang



Aduh! Letihlah, kat sini pun boleh landing gak.


Sunday, 23-Nov-2008 08:25 Email | Share | | Bookmark
Farish naik Air Asia gi Kuching, Sarawak.

Awal bulan hari tu Abi & Ibu bawa Farish jenjalan kat Sarawak. Best. FArish naik flight Air Asia.. Now everyone can fly.

Abang Kamil dan Pakngah hantar kami sekeluarga kat Alor Star Airport.



Boringnyer... Ni nak mengamuk niee


Takde makanan la. Laparlah ibu, kertas ni pun bolehlah.


Opps! Jangan ngintai. Farish tengah nenen ni. Malulah Farish...


Akhirnya Farish tertido kekenyangan.


Dan Abi pun turut join Farish berdengkur....


Thursday, 30-Oct-2008 16:28 Email | Share | | Bookmark
Tengku Nazim...... abi mithali abi sejati

Asyik citer hal ibu jer.... Kecik hati abi. Cayang abi sikit

Sebenarnya takde sapa tahu, pagi2 ibu tak amik kisah Farish pun. Ibu bangun pagi, mandi, solat, masak bubur Farish, basuh kain, jemur kain, iron baju. Mana ada masa naklayan Farish. Jadi rutin pagi abi adalah....
- bila Farish nangis, abi akan dukung Farish keluar bilik.
- Abi salinkan pampers, kalau Farish poo, abi basuhkan...
- Abi akan urut Farish dan letak bedak kat Farish supaya Farish wangi (walaupun tak mandi lagi)

Time cuti, abi yg banyak spend masa ngan Farish, ibu sibuk kat dapur, masak, basuh baju etc.

Abi juga yg suapkan Farish makan bila Farish lapar.




Abi tempat Farish main lasak2. Nak jadikan Farish hero sejati. Up Up To the moon!


Dan Abi teringin nak jadi model Susu Bapa.......


Ooops! seksilah Abi....
Abi jeles sebenarnya tengok Farish asyik melekap kat nenen ibu jer, tu yg sibuk nak promosi susubapa plak....


Wednesday, 29-Oct-2008 05:51 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya Farish menyulur

Dah lama ibu menanti2 Farish ni bila nak menyulur. Rasa dah lambat sangat ni. nak2 bila ibu tengok anak pakcik Nizar dah mula nak merangkak. Bukan taknak menyulurla ibu, tapi best sgt berguling2 bni. tengok kejap jer Farish dah sampai kat dapur. Pastu ibu mulalah bising.
Tetiba jer Farish rasa Farish dah boleh dorong badan ke depan. Cuba lagi, eh! Eh! bolehlah ke depan. 3 hari jer Farish dah master, dah laju dah, siap nak angkat bontot dah, tak lama lagi bolehlah merangkak.

Lagi satu ibu risau sebab Farish tak banyak babbling. Ibu dah ajar Farish tiap2 hari, tapi Farish macam tu gak. Sabar ye ibu, nanti Farish akan cakap sendiri. Ala... Mukriz dah nak setahun pun dok babbling lagi. mak Lang tak risau pun.



Farish dalam misi menerkam paper yg abi baca.... Yah!Yah!Yah!



Akhirnya Farish sampai kat abi, as a reward, Farish dijulang umpama juara


Sunday, 19-Oct-2008 05:36 Email | Share | | Bookmark
Farish nak jalan la ibu

Semalam hari Sabtu, hari abi dan ibu cuti, tapi abi on-call pulak. Tinggal Farish berdua jer ngan ibu. Lepas abi gi hospital kul 9.am, Farish nangis2, ibu waktu tu sibuk basuh baju. Ibu ingat Farish lapar, tapi ibu bagi nenen, Farish tolak dan meraung2 lagi. Last2, ibu mandikan Farish. (Biasanya waktu cuti Farish mandi lambat sikit.)
Ibu sibuk sangat kemas rumah, Farish boring kena main sorang2, Farish nangis lagi, melalak2. Ibu terpaksa angkat Farish, pastu Farish sengih2 kat ibu. Geram jer muka ibu. Kalau ibu letak, Farish nangis balik, jadi ibu terpaksapakai baby pouch sambil buat kerja.
Tengah hari tu Farish makan bubur, habis setengah mangkuk, dan pastu nenen lagi. Farish pun tertidur. Ibu pun bestlah, boleh sambung kerja (ibu tak mandi lagi ni).
Lepas sejam, Farish terjaga dan terus nangis sebab ibu tak ada. Ibu pun datang kat Farish, tepuk balik Farish suruh tidur. Last2 ibu yang tidur tapi Farish yang jaga. Tapi Farish tak nangis sebab ibu ada kat sebelah.
Petang tu abi baru balik kerja. Nampak abi, Farish nangis balik macam tadi. Abi ingat Farish lapar, suruh ibu nenenkan, Farish nangis gak, Bagi ikut botol, Farish taknak, tolak botol. Last2 abi ajak keluar jalan. Ibu pun mandikan Farish, dan siapkan Farish.
Abi bawa pergi karnival "sua rasa TV9", Farish suka sangat sebab ramai orang. Lepas tu pergi Pacific belikan baju Farish sebab baju Farish banyak dah kecik. Farish diam jer, sikit pun tak bising. Sampai pukul 10mlm, kami pun balik. Farish dah tertido dah, sampai ibu letak dalam baby cot pun tak sedar samapi kul 3pg, sebab Farish nak nenen.

Untuk Ibu dan Abi, kalau Farish nangis kuat2 dan takmau buat apa tu maknanya......
FARISH NAK JALAN-JALAN....


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net