My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Sunday, 11-Jan-2009 01:15 Email | Share | | Bookmark
Farish @ 9 bulan

Farish dah 9 bulan hari ni. Takde check up, so Farish tak tahu berapa berat Farish sekarang.
Apa Farish dah boleh buat sekarang???
Farish dah boleh berdiri sambil pegang sofa.


Farish masih belum merangkak, tapi sebab tengok Farish dah boleh berdiri, ibu tak risau dah. Dan sekarang DFarish dah start nak memanjat, hari tu sikit lagi Farish nak terlentang sebab nak panjat grill kat dapur.
Aktiviti paling Farish suka adalah mengemas laci. Farish pantang tengok laci, Farish akan tarik, pastu Farish akan keluarkan barang dalam laci tu. mana tau ada jumpa duit sejuta ker, boleh bagi abi ngan ibu yang tengah 'kering' tu. Tapi..... apa yang Fairsh dapat, kena leter ngan ibu... Ibu.. Farish tengok selerak sangat laci tu, Farish nak kemaslah.



Dah kena leter ngan ibu, Farish pergi dekat rak pulak. Aik! Apasal rak dah kosong, Farish tengok atas, ooo.. Ibu dah alih semua barang kat tingkat atas yer... Farish pun merayap masuk bilik plak..

Ada satu bakul baju belum lipat. Best ni... Farish tarik bakul tu... buum... bersepahlah baju2 kat dalam bilik. Lagi sekali ibu berleter.. Ala ibu... Farish nak tolong lipat bajulah, dah 4 hari Farish tak tengok ibu lipat baju...


Lagi perkembangan Farish...
Farish suka sebut /agiagiagi/, /adiadiadi/, /bibibi/... semua tu membuatkan abi perasan yang Farish panggil dia (mungkin betul kot Farish panggil abi).

Lain-lain... Farish dah tak nangis bila kena tinggal kat ruang tamu, sebab kalau ibu tak ada Farish akan menyulur ke dapur, kalau ibu takde kat dapur, Farishpun UWAAAAAA...




Aduh! Farish dah penatla ibu. Nak tido la pulak.




Sunday, 4-Jan-2009 15:17 Email | Share | | Bookmark
Masih menikmati susu ibu

Sehingga kini usia Farish dah 9 bulan, Farish masih menikmati susu ibu. No susu formula. Itu janji ibu pada Farish. Dan tengok Farish membesar dengan sihat. Jarang sangat selesema atau demam. Takde masalah kulit dam sebagainya. Cuma sekarang ni ibu agak risau sebab Farish taknak nyusu botol. So terpaksalah Mak Ani bagi Farish minum susu guna sudu. Ibu ada try bagi Farish sippy cup, tapi Farish tak pandai guna. Jadinyer stok susu ibu bertambah2 dalam freezer. Ibu dah beli liner, jadi dapat jimat ruang kat dalam freezer tu. Tengoklah minuman harian Farish yang dibekukan. Ini untuk kegunaan emergency. Ibu lebih suka bagi Farish yang fresh.



Inilah susu ibu yang diisi dalam liner. Ikat kemas2 dan simpan dalam tupperware.



Ini lagi satu tupperware penuh ngan susu ibu.



Tengoklah freezer ibu dah penuh ngan susu jer. Tupperware tutup biru tu jer ada ikan, tupperware ice cream biru tu ada ice. Yang lain semuanyer susu ibu.


Ni ada lagi stok susu dalam bekas dadih. Yang dua bekas colour orange tu adalah bubur campur Farish.

Farish hargai sangat usaha ibu nak susukan Farish selama mungkin. Walaupun Farish kurang minum time siang, tapi time malam Farish akan gayut tak lepas2. Pastu abi bising sebab rumah tak sempat kemas. Sebabnyer, ibu akan tertidur ngan Farish sampai esok pagi.


Sunday, 28-Dec-2008 08:06 Email | Share | | Bookmark
Mana Katil Kita Ibu??

Pagi tadi Farish terjaga... Farish rasa macam ada yang kurang jer dalam bilik kita.. Apa ye??? Ooooo.... katil dah hilang... Mana pergi katil kita ibu????

Explanation dari ibu...
Pagi semalam dalam pukul 3 pagi ibu terjaga. Ibu rasa tak sedap hati, ibu terjaga dan tengok Farish dah hilang. Farish biasa akan tidur di tengah-tengah abi dan ibu, tapi pagi ni, Farish tak ada. Ibu terus kejutkan abi sambil jerit "MANA FARISH????" Abi bangun terkocoh2, dan dengar tangisan Farish, rupanya Farish dah ada kat bawah, nasib baik ada baby cot yang halang dari Farish jatuh terhentak, dan lebih bernasib baik, Farish terjatuh atas beg pakaian ibu dan abi. Berderau darah ibu, nasib baik Farish takde apa2.

Ibu bangun tidur macam biasa pukul 5.30 pagi. Ibu siapkan makanan Farish untuk dihantar ke rumah mak Ani. Kemudian ,ibu pam susu untuk bekal Farish, dan seterika baju kerja abi dan ibu. Belum sempat ibu masuk bilik air, Farish dah terjaga. So, ibu terpaksa buat benteng setinggi bantal 2 biji nak hadang Farish dari tergolek jatuh ke bawah.
Sedang ibu mandi, ibu terdengar bunyi seperti benda lembut jatuh, sebiji, 2 biji, 3 biji dan seterusnya tedengar suara Farish menangis . Tergopoh gapah ibu keluar dari bilik air dan ibu lihat Abi tengah angkat Farish. Farish jatuh lagi. Kali ini Farish tolak benteng bantal ibu buat tu jatuh dulu, pastu Farish terjun, nasib baik takde apa-apa. Farish, Farish... Lasak betul anak ibu ni. Nasib baik tangisan Farish sekejap jer, lepas kena angkat terus sengih-sengih.

Jadi malam tu, abi dan ibu bertungkus lumus, merobohkan katil kita. Biarlah tidur atas tilam jer. Lepas ni, tak kisahlah Farish nak jatuh berapa kali pun ibu dah tak kisah.

Tapi yang ibu heran, bila dah takde katil, pandai pula Farish elak dari terjun tilam pula. Samapi kat hujung, pandai pulak Farish stop. pastu pandai pulak pusingkan badan, jatuhkan kaki dan menggelongsor ke bawah...


Wednesday, 10-Dec-2008 06:37 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Farish nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Umat Islam sama ada kenal Farish atau tidak.
Tahun ni tok buat korban, Farish siap pergi tengok lagi macam mana lembu tu kena sembelih, kena lapah. Farish tak takut pun sebab ibu ada dukung Farish.


Wednesday, 10-Dec-2008 02:35 Email | Share | | Bookmark
Farish 8 bulan dah

Farish dah berusia 8 bulan hari ni.. Tadi ibu bawa Farish pergi routine check up. Update tentang Farish.... berat dah 8.6kg.
Time check up to ibu amaze ngan Farish, selalu kat rumah takde lah peramah sangat, tetiba jer hari ni jadi peramah ngan nurse Wardah tu. Nurse Wardah tu dok sembang ngan ibu, Farish pun sibuk gak nak nyampuk, tapi vocalized jerlah.
Ini yg buat ibu risau, Farish tak banyak babbling even dah masuk 8 bulan. Puaslah ibu ajar, Farish tak boleh lagi. Tapi Farish dapat skill baru... menyembur. Bila bercakap tu menyembur jer, sampai habis muka ibu kena liur Farish. Maybe Farish baru nak develop bilabial sounds. Sabar ye Bu....


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net