My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Mar-2009 01:02 Email | Share | | Bookmark
Pergi picnic lagi... Kat Bukit Air

Maulidurrasul hari tu Farish balik Kangar lagi. Hmm Pakngah ada bagi Farish pelampung abang kamil. Abang kamil kan dah besar, tayah pakai pelampung dah. Jadinya pakngah bagi pelampung tu kat Farish.

Abi ajak ibu, makcik ngan maksu pergi Bukit Air. Pergi mandi2 kat sana dan nak try pelampung...


Cepat-cepat naik... Lambat Farish tinggai kang.. Pi jalan kaki sendiri..


Dengan rasminya Farish merasmikan pelampung, mula tu gayat gak.. paasal kaki terjuntai ni.


Rupanya best berenang ni... tengok Farish berenang sendiri, siap kodek2 kaki lagi.


Makcik pon mai enterframe...


Maksu pon mai tumpang 2 kaki tangan.


Last2 ibu pon join jugak.

Tulah bu, sapa suruh tak bawa baju extra balik kg, kan dah takleh berenang mcm Farish..

Baru jer dok enjoy2 mandi manda, hujan pun turun ngan lebat... Jadiya kami kena balik terus..

Abiiiiiiiii.... Nanti bawa Farish berenang lagi kay....


Sunday, 15-Feb-2009 13:40 Email | Share | | Bookmark
Masuk 10 bulan

Farish dah 10 bulan sekarang....
Hari tu pergi timbang berat cuma 8.8kg, tak naik banyak. Mungkin sebab masuk wad hari tu dan Farish kurang selera makan. Apapun Farish makin lasak.


suka tolong ibu "kemas" mainan


Dah start berjalan mengiring sambil pegang dinding


Nak ambik gambar sendiri, dan pantang tengok kamera, mesti nak terkam


Baru boleh merangkak, apala.. dah nak berjalan, baru boleh merangkak


Dah pandai bawa keta. Tepi-tepi, Farish nak jalan ni.. langgar kang


Saturday, 7-Feb-2009 21:44 Email | Share | | Bookmark
Berkelah di Bukit Wang

Hari jumaat lepas, Farish sekeluarga dengan keluarga Pakngah pergi picnic kat Bukit Wang. Best, sejuk air kat situ. Farish mula2 sampai macam excited sangat nak mandi, tapi air tu sejuk sangat, terus Farish taknak. Tapi abang Kamil ngan abang Mamat enjoy jer mandi. Kat situ kami bakar sate, ikan bakar. tapi Farish makan bubur yang ibu masak jer. Ala ibu, apa salahnyer kalau Farish nak makan sate.


Posing2 dulu.


Sebaik tiba di Bukit Wang, Makngah tengah sibuk unpack makanan.


Nilah Abang Mamat (si kurus) dan Abang Kamil (si gemuk)


Farish dah ready nak mandi, dah siap buka baju ni... (tapi air tu sejuk sangatla)


Pakngah telah memulakan aktiviti wajibnya.


Farish pun tumpang sekaki.


Landing kat mana pun takper, Asalkan Farish boleh tido.


Control hensem Abi...

Pukul 3pm baru kami balik. Balik rumah Farish terus demam, pastu jangkit plak kat ibu dan abi. Nasib baik esok tu cuti lagi...


Sunday, 1-Feb-2009 13:18 Email | Share | | Bookmark
My lovely cousin, Afiq Mukhriz

Afiq Mukhriz (macam nama ADUN PArlimen Jerlun tu, anak Tun Mahathir), adalah satu-satunya cousin Farish sebelah Abi. Dia lahir 5 bulan awal dari Farish. Sekarang dia dah 14bulan. Ini gambar Farish dan Mukhriz 9 bulan dulu. Tim ni Farish baru beberapa hari, Mukhriz dah 5 bulan.

Betapa kerdilnya Farish di sisi Mukhriz.


Ni gambar time raya, Farish 6 bulan, Mukhriz 11 bulan.


Ini post tebaru kami berdua, cucu Tengku Din, dan Cik Ani.


Bersama Abi dan PakLong Mukhriz (abang PakLang)


Sayang Mukhriz......

Tengok betapa akrabnya kami berdua... Tapi sebenarnya, Mukhriz taknak kawan ngan Farish. Ibu cakap dari dalam perut lagi Mukhriz anti Farish. Tengok, Farish cium dia pun, Mukhriz no respond. Berkepit ngan MakLang jer. Manja betul....
Dengan abi pun Mukhriz anti.. Dengan ibu jer okay sikit, itupun kena umpan dulu, baru dia nak...

Apapun, kami tetap cucu kesayangan Tok Din dan Tok Ani.


Monday, 26-Jan-2009 15:25 Email | Share | | Bookmark
Farish masuk wad pulak

Pada 19Jan hari tu, Farish asyik muntah2. Mak Ani dah risau, bila Farish makan, Farish muntah2, masuk 3x muntah, Mak Ani telefon ibu. Ibu dan abi pun cepat2 balik ambik Farish dan terus pergi hospital. Kat Kecemasan, Farish muntah lagi sekali, terus doktor suruh masuk wad.

Farish masuk wad Melur5B, punyalah ramai orang, sampai tak cukup katil. Farish kena tunggu sebab nurse kena sediakan extention bed. Last2 dapatlah bed (extention bed). Ibu dah risau sebab katil tu takde palang sedangkan Farish ni lasak. Abi pun terus pergi wad Kenanga 3A cilok katil kat sana.

Malam tu doktor pasang drip kat Farish, sebab Farish dah dehyrate jadinya Farish kena tambah air. Disebabkan Farish ni chubby, susah nak cari vein. Malam tu Farish nangis jer, ibu taktau sebab apa. Abi belek2 rupanya tangan Farish dah bengkak. Terus abi stop drip dan cabut. Nasib baik Farish mahu minum susu ibu, jadi Alhamdulillah Farish tak dehyrate.

Walaupun Farish kurang sihat, tapi Farish tetap ceria. Hmm... Farish tak demam pun. doktor pun tak tahu sebab apa Farish muntah2 dan cirit. Nasib baik lepas masuk wad, Farish dah tak muntah lagi.
Doktor buat complete test termasuk blood test, ultrasounds dan x-ray untuk tengok kot2 Farish ada sakit. Alhamdulillah, semua okay.

Farish duduk wad 3 hari, Tengok Farish dah selera makan dan dah tak muntah, doktor pun bagi Farish balik.

Walaupun masuk wad sempat posing lagi tu


Tengok tangan Farish dah kena pasang drip. Baru lepas nangis ni, tapi maintain posing.


Pose istimewa budak tak sihat.


Ibu bawakan mainan untuk Farish supaya Farish tak boring (boringlah ibu dok sini, tak boleh nak lasak2, tak boleh nak punggah2)


Tetap aktif macam biasa


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net