My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Saturday, 28-Mar-2009 21:40 Email | Share | | Bookmark
Farish dapat hadiah

Dalam entry lepas, Farish ada mention yang Farish akan dapat hadiah. Farish dapat saguhati jer. Okaylah tu antara beratus2 yang hantar, Farish antara 10 terbaik.
Farish dapat hadiah hamper barangan baby, pingat, frame gambar Farish yang comel dan boucer RM50.00.

Majlis penyampaian hadiah... Farish tak kisah hadiah pon,,, yang penting kena posing (panas la time tu, Farish lemas)


Inilah hadiah yang Farish dapat... Sampai hari ni tak buka lagi, nak tunjuk kat Abang Kamil dan Abang Mamat hadiah Farish.


Sunday, 22-Mar-2009 14:05 Email | Share | | Bookmark
Hobi baru Farish

Sekarang ni Farish dapat hobi baru... Farish nak jadi baby yang celik IT... Tengoklah aktiviti Farish


Tekun mengadap laptop


Tengah asyik mengedit2, dgn mengetuk mouse ke atas keyboard



Ibu, sat lagilah, Farish tak habis surf lagi ni.


Inilah hasil kerja Farish


Kejap2, nak shut down dulu...

Dan selepas Farish main, selalu setting lari. Klaau ibu tengah buat kerja, macam2 hilang, kadang tu ibu geram jer.. Bila letak farish kat bawah, Farish akan mengamuk...
Makanya, ibu akan gunakan waktu tidur Farish untuk online...


Wednesday, 18-Mar-2009 22:02 Email | Share | | Bookmark
Izzati Hanan & Izzati Hanin

Hmmm...
Semalam Farish pergi melawat kawan baru Farish. Izzati Hanan & Izzati Hanin. Anak pakcik Solo & acik Aziyati. Kawan Ibu time kat U & sama tempat kerja.Hanan dan Hanin ni anak ke4 &ke5.
Depa lahir 13/3, normal tu.


Kanan: izzati Hanan, kiri Izzati Hanin (tidoq jer)


Tido lagi....


Ni abang Solihin, anak pakcik Solo yang Sulung.


Ni pulak abang Yusuf, anak no.3.


Farish tahu ibu pon ngidam nak anak kembar jugak. Lagipon makcik ngan maksu kembar. Sepupu abi pon ada kembar, ada chance tak Farish pon nak dapat adik kembar????


Monday, 16-Mar-2009 01:15 Email | Share | | Bookmark
Farish nak dapat hadiah

Semalam tengah kerja, ibu dapat call dari Supermarket Kawan Heng. Dia suruh ibu bawa Farish ambik hadiah pada 27 Mac ni...
Sebenarnya, ibu ngan abi masukkan nama Farish untuk pertandingan bayi comel. Pas 2 minggu tu abi ngan ibu pergi balik supermarket tu, tengok kat dinding, takde pon gambar Farish. Ibu ingat Farish dah tak kena pilih. Yelah yang masuk tu ramai anak cina yang comey-comey (Farish pon geram, ank cuit-cubit pipi diorang)

Farish tak tau lagi dapat nombor berapa. yang Farish tahu semua ada 20 pemenang, dapat no. 20 pon takper (tp dapat no. 1 lagi best ). Yang penting dpaat no. 20 pon dapat baucer, bolehlah abi ngan ibu soping2 pas tu..
okay, kita tunggu 27/3 ni.....

Farish nak pakai baju apa yer???


Tuesday, 10-Mar-2009 14:55 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY IBU

Hari ni genap umur ibu 31 tahun. Apa wish ibu tahun ni???? Farish tahu, mesti ibu nak bagi Farish adikkan kan kan????

Tahun ni, ibu tak celebrate pon.. Ibu bangun pagi buat kari daging sambil Abi tolong kukuskan pulut kuning untuk dihantar ke klinik ibu.

Malam tu, Ibu belanja Abi dan keluarga Makngah makan seafood kat Kuala Kedah (tapi ibu tak belanja Farish pun, ibu bagi Farish makan epal merah jer... Farish pon nak makan udang lipan tu gak)

Hadiah tahun ni???? Farish hanya mampu berikan ibu ciuman saja... ibu belilah hadiah ibu sendiri...

Abi beli hadiah apa kat ibu????


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net