My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-May-2009 22:16 Email | Share | | Bookmark
Gathering Geng Susuibu.com

Pada Sabtu 16hb Mei ibu ajak Farish dan abi pergi gathering ngan geng2 susuibu.com ibu.. Susuibu.com nie adalah forum khas untuk ibu2 menyusu.. Kat sini ibu banyak dapat maklumat tentang penyusuan dan ibu juga dapat ramai kawan..

Pagi2 lagi ibu dah bangun buatkan rojak buah dan packing puding untuk majlis tu.. Maka tepat jam 7.45pg, kami pon bertolak ke Taman Belia, Pulau Pinang.. Sebab kami jauh, kami adalah antara orang terakhir sampai dan ibu dah terlepas satu sesi ceramah...

Ini antara gambar2 yang ibu sempat amik..


Ni gambar Hadiff dan Adhwan, anak kepada mamalin dan mamahadiff


Hadiff tengah makan2..


Yang kat tengah tu anak auntie Dayah.. Tengah syok santai kat tengah2 tu.


Abi tengah buat demo CPR-infant choking (beria-ia abi ni bagi ceramah)


Khusyuknya acik2 ni dengar penerangan abi..


Time nie la jugak Farish sebok nak enterframe...


Posing ngan ibu sat..


Sesi tukar2 adiah.. Ye! Sat lagi Farish pon akan dapat hadiah..


Ye! Farish dah dapat hadiah.. tak sabar nak koyak ni.


Ibu nie, asyik nak posing jer.. orang tenga sebok belek hadiah la bu.


Ibu bergambar bersama Hadif dan mamanya.


Ini adalah kawan2 ibu..Auntie Dayah, mamahadiff a.k.a Auntie Rozy dan auntie Shikin


Ni gambar beramai2 ibu dan anak2.



Pas puas bincang2 dan makan, Farish pon pergi berenang bersama kawan baru Farish, Abdulrahman anak Auntie Shikin a.k.a Kikie


Abi nie suka nak enterframe


Abi Farish dah letih la.....


Sunday, 3-May-2009 09:51 Email | Share | | Bookmark
Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Aman, Pulau Pinang

Selamat Hari Buruh.. Maknanya ibu dan abi cuti. Cuti 3 hari lagi, sebab 1 Mei jatuh Jumaat, maka ahad tu jadi hari cuti ganti.. Sebenarnya, Pak Ngah dan Mak Ngah teringin sangat nak pergi Pulau Aman (seperti yg digembar gemburkan oleh abi).. Mula tu macam tak jadi, sebab semua chalet penuh,, tp last minutes dapatlah juga chalet.. takpalah, share la ramai2..

Pagi tu pukul 9am, kami bertolak dari Alor Setar.. Sampai kat Batu Kawan, cari jeti pergi Pulau Aman.. Mula tu salah jeti, nasib baik jumpa satu nyonya tu.. Abang Mamat pun tunjuklah skill dia cakap cina, terus nyonya tu story A-Z... Last2 kami smapai juga kat Jeti Batu kawan tu.. Kena naik bot tau pergi Pulau Aman. Dewasa RM6.00, kanak2 RM4.00 pergi balik.. Baby macam Farish - free.. hehehe!

posing2 ngan ibu & Mak Ngah kat jeti sementara tunggu bot sampai..


Tengok Abi tu, kalau kaki pancing tu, tak sempat sampai pulau pun dah siap buka joran.


Ni kat dalam bot dah! Mula tu farish takut dengar bunyi bot,, tapi lepas tu relax jer..


Abi, pakngah, abang Mamat dan abang Kamil (macam pelarian Bangladesh pun ada, Myanmar ada, Indon pun ada)


Inilah perkampungan Nelayan Pulau Aman.


Nilah chalet kami, duduk.. depan tu terus pantai.. tengok Farish dah togel dah.. Tak sabar nak mandi.. tapi takde orang pun nak bawa Farish mandi.


Picnic kat atas jeti.. sambil tengok Abi dan abang Mamat mancing (Pakngah pun dok mancing juga,, dalam mimpi)


Abi control macho (sebenarnya abi tengah frust sebab pancing dari tadi, tak dapat ikan sekor pun)


Tengok, Farish dah boleh berenang..


Mandi manda ngan abi dan abang mamat.


Penat mandi, rehat kejap.


Abi dan Pakngah sibuk mencari lala.. Dah macam nelayan pulak Farish tengok.


Farish pun tumpang sama cari lala.. Lalalalalala.


Inilah setengah dari hasil kutipan lala kami.. Ada lagi setengah tak masuk tong lagi.


Dah tamat tempoh lawatan,, kenalah balik..

Balik rumah, terus pengsan sebab letih yang amat sangat.. Apapun, best pergi Pulau Aman ni..


Saturday, 25-Apr-2009 13:33 Email | Share | | Bookmark
Lagi update tentang Farish

Farish sekarang dah ada 5 batang gigi (dan nak naik pulak yang ke-6), tapi semua kat bahagian atas kecuali 1 batang jer kat bawah.

Farish sekarang dah pandai:
1. Bila ibu tanya "Sapa nama Farish Haikal??" - Farish cepat2 angkat tangan dan sebut "aaa"
2. Bila ibu kata "Hello" - Farish akan cepat2 letak tapak tangan kat telinga atau apapun benda kat telinga dan sebut "Ooo"
3. Bila ibu kata "Farish nak apa? Cakap apa?" - Farish akan jawab "tek!" sambil sengih2.
4. Bila ibu kata "mana adik?" - Farish cepat2 akan cium perut ibu.. Ada adik tau kat dalam tu.
5. Sekarang Farish suka buat head banging bila dengar muzik rock.
6. Mulut Farish makin banyak cakap tapi belum ada makna lagi.
7. Kadang2 Farish akan sebut "Buu" bila ibu tak layan Farish.
8. Farish makin kuat cemburu.

Tak boleh jalan lagi, bila ibu stimulate dengan pegang tangan, Farish akan lembikkan badan, minta dukung.. tapi kalau dapat kerusi, laju jer Farish jalan. geram sangat ibu tengok.

Dan ini aktiviti Farish setiap hari kat rumah... Membantu ibu mengemas rumah..


Tolong ibu sapu sampah


tolong ibu kemas kabinet dapur.. hahaha!


Tolong repair mainan Farish yang rosak..


Saturday, 25-Apr-2009 13:13 Email | Share | | Bookmark
Kolam baru Farish

Sebenarnya Abi dah lama teringin nak belikan kolam untuk farish.. (nampak sangat besen mandi Farish tu nak bertukar servis dah).. Tapi kesian abi, bertungkus lumus tiup kolam tu (Itulah abi, ibu cakap belilah pam)..

Inilah aksi2 Farish dalam kolam baru Farish...
Mehla kalau nak join..









Saturday, 25-Apr-2009 13:00 Email | Share | | Bookmark
Farish admitted again

Minggu lepas Farish tinggal berdua jer ngan ibu. Abi kena berkursus kat INTAN seminggu. Farish sejak seminggu lepas memang kena selesema, hidung berhingus jer.
Hari selasa lepas, ibu bawa Farish pergi rumah mak Ani awal, pukul 6pg dah hantar. Ibu kena buat visiting therapy kat Hospital Langkawi dan kena amik 1st boat ukul 7.15am.

Balik Langkawi tu, ibu pergi amik Farish kat rumah mak Ani. Waktu ibu sampai, ibu tengok motor abi ada kat rumah Mak Ani. Ibu tengok abi terges2 dukung farish. Abi terus suruh ibu awa Farish pergi hospital. Farish dah tak boleh nak bernafas macam biasa, terpaksa guna otot2 interkostal dan memnag nampak diafragm Farish turun naik. Ibu pun cuak, terus turun kereta, tukar seat ngan abi, dan terus pergi hospital.

Kat hospital seperti yang dijangka, Farish kena admit wad lagi. Kali ni masuk wad Melur 5A pulak (wad respiratori kanak2). Sebelum masuk wad, kena buat chest x-ray dulu.Masuk wad, katil penuh, terpaksa duduk katil biasa, bukan dalam baby cot. Doktor Siti Aishah yang check Farish, tengok result x-ray, Alhamdulillah lung clear, no pneumonia. Jadi diagnosis sakit farish hanyalah bronchiolitis.Macam biasa kena ambik darah dan start bagi nebulizer setiap 2 jam. Selepas 2x kena, Farish dah okay, dah kurang nampak semputnya (macam orang tua plak)

Malam tu pun Farish nyenyak tido smpai ke pagi. Tapi kesian ibu, sakit belakang tidur kat atas sofa bed (yang keras itu).

Esoknya, keadaan farish dah okay, dan Farish aktif dan lasak macam biasa. Tak macam orang sakit pun. Bila doktor uat round, ibu minta dscaj,, sebabnya, treatment zfarish hanyalah bagi nebulizer setiap 6 jam dan tak perlu apa2 medication. Dan lagi satu, ibu tak boleh amik cuti sebab ibu baru promoted untuk satu jawatan yang lebih tinggi.

Dan dengan itu selama 22 jam je Farish duduk ward. Dan Alhamdulillah, balik rumah Farish tidur dengan amat nyenyak sekali sampai pagi tak sedar diri. Pukul 8 baru jaga dan aktif seperti sediakala.



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net