My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal

By: farish haikal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan

Sihat tak Farish??
Muka ngantuk
Seksi tak???
Hari nie semua umat Islam berpuasa. Farish tak puasa ler, mana tahan. Tapi ibu kena puasa walaupun ibu masihmenyusukan Farish. Ibu ada banyak petua nak tambah susu badan, biasanya ibu akan minum air longan kering, horlick, milo, soya dan juga oat. Bulan puasa ni ibu banyak makan kurma, so ibu takdelah letih dan masih mampu pam susu sebanyak waktu bukan puasa. Tapi kesian ibu, tak dapat nak buat terawih macam selalu.


Sunday, 10-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Susu Ibu... Lazatnya

Sejak dari lahir sampailah sekarang, ibu hanya bagi Farish minum susu ibu saja. Adalah dulu mula2 ibu kerja, ada juga ibu bagi susu lactogen, tapi ibu macam tak sampai hati nak bagi Farish minum lactogen. Alhamdulillah susu ibu banyak dan cukup buat Farish especially bila ibu kerja. Ibu akan bagi susu ibu yang ibu perah pada Mak Ani dalam 4-5 botol. Farish tahu ibu bangga sebab dapat susukan Farish sepenuhnya. Farish pun nak minum susu ibu saja, sebab susuibu ada segala khasiat. Farish pun boleh makan macam2, kalau ibu makan nasi beriani, Farish pun dapat tumpang, Ibu makan ABC, Farish pun dapat rasa. I love ibu dan susu ibu.


Ini pam pertama ibu beli (pureen manual), beli time kena admit ward sebab jaundice. Memang berjasa buat Farish sampai umur Farish 3 bulan. Pastu getah dia dah loose, ibu search for new one.



Ini pam kedua ibu, pureen manual gak,saja try beli, sebab 1st pam tu lenguh skit. Tapi tak best, tak kuar susu pun.



Lastly, ibu jumpa satu website, susuibu.com, after berforum ngan forumers kat situ, ibu decide nak beli breastpump spectra3 sebab kualiti dan harganya. Alhamdulillah, sejak pakai S3 nie, stok susu ibu bertambah2, tak caya, tengok fridge ni.


Pastu, ibu selalu kena wat visit kat Langkawi, dan kena gi meeting, so susah ibu nak angkut S3 dia. Jadi ibu beli lagi satu manual pam Avent ISIS, pun lumayan gak. Jadi Farish tak terputus susu walaupun ibu kerja kat luar.


Jadi tiap2 hari ibu akan masukkan botol2 susu ibu kat cooler box ni. Cooler box ni abi punya, dia bawa gi pancing, tapi skrang dah rasmi jadi cooler box susu Farish. Abi cari lainla cooler box, pastu bagi kat Farish, Abi ambik baliklah yang ni. hehehe


Wednesday, 6-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Farish dah pandai meniarap

Ni time mula2 belajar meniarap
Geramnyer mainan ni, tapi eknapa tak boleh ke depan lagi.
Tengok, Farish siap posing lagi
View all 4 photos...
Akhirnya Farish dah pandai meniarap. Farish dengar ibu & abi bising, Farish tak pandai meniarap sambil angkat badan. Balik kerja hari tu terus Farish tunjuk kat abi & ibu, Farish dah boleh meniarap sambil angkat badan. Bukan setakat tu, Farish dah boleh guling2, kejap jer dah sampai hujung ruang tamu. kadang tu tersepit tepi sofa. Dah Farish pandai meniarap, ibu ngan abi bisinglak, susah nak pakaikan Farish pampers sebab Farish dah tak suka menelentang. Hehehe!
Sekarang Farish dah 4 bulan. Berat dah 6.8kg. Farish makin bising sekarang ni, Farish dah boleh buat bunyi, ge, gi, m, kadang tu bebel sorang2, takde orang layan


Monday, 21-Jul-2008 04:28 Email | Share | | Bookmark
Bila Farish bertemu Farisha

Ni gambar Farish dan Farisha
Alaa.. Jual mahal ler tu
Ibu tu teringin anak kembar sebenarnya
View all 4 photos...
Inilah Nurul Farisha Zulaikha, kawan Farish sejak dalam perut. Farisha ni anak Pakcik Mizi & Acik Su. Farisha duduk satu taman ngan Farish gak. Farisha tua sebulan dari Farish. Dia lahir 28 Februari 2008. Skarang Farisha dah boleh bergolek2 tapi Farish baru belajar nak meniarap, tu pun asyik tersembam jer.
Nanti besar, kita boleh main sama2 ye Farisha, pergi sekolah sama2, mengaji sama2.


Sunday, 8-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
2 months of my life

Farish gi Penang ni
Tengah tengok tv ni
Comel tak???
View all 4 photos...
Yeye! Farish dah 2 bulan dah. Ibu pun dah habis pantang. Yang bestnyer, Farish dah pegi kenduri kat Penang. Tapi Farish duduk dalam rumah je. Tapi paling best, Farish sempat sambut 1st aniversary Abi dan ibu.
Sekarang pun Farish dah lebih lama jaga, dah pandfai senyum sosial dan mulut dah start bising2. Berat Farish ssekarang dah 4.6kg, panjang 55.5cm. Membesar dengan sihat.
@ minggu lagi ibu naik kerja. Farish akan duduk ngan Mak Ani kat Taman Jalan Jaya, dekatrumah sewa Abi & ibu yang lama.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net