Want your own Fotopage?

|
|
My Journey Of Life- Tengku Muhammad Farish Haikal
 By: farish haikal
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Tuesday, 20-Oct-2009 04:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FARISH DAH JADI ABANG SEKARANG NI
|
|
Alhamdulillah, pada 18hb Oktober 2009, ibu telah selamat melahirkan adik untuk Farish. Lelaki juga, boleh buat kawan.
Kalau ikutkan ibu sepatutnya bersalin 25hb, tapi adik nak kuar awal seminggu. Macam Farish, adik pun senang ibu lahirkan..
Dan Abi dan ibu menamakan adik Farish sebagai TENGKU MUHAMMAD FIRAS HANDZALAH yang bermaksud
Muhammad : Yang Terpuji
Firas : Kecerdikan
Handzalah : Nama pejuang Islam.
Inilah rupa Firas
Firas sebaik dilahirkan
Firas di sisi ibu
Comel tak adik Farish?
Tak sabar nak tunggu Firas besar
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Sep-2009 23:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HARI RAYA 2009/1430H
|
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Sorry, Farish lambat update FP ni (bukan Farish tapi ibu).. bukan apa, laptop abi , card reader dia rosak, tu yg tak boleh upload gambar... dan ibu pun sibuk jer, asyik layan blog dan FB dia ,sampai lupa FP Farish..
Okay, raya hari tu Farish jalan sakan, tapi ibu dapat amik gambar raya banyak ni ajer.. takperlah.. meh Farish nak share gambar2 raya Farish.
Yang ni semua amik kat rumah tokwan ngan rumah mak lang ajer..
Farish posing ngan baju raya.. tahun ni baju colour kuning, siap sampin dan kopiah (tapi kopiah tu dah mana tanggalnya)
Ni gambar tokwan, tok, Mak Njang (yg tak siap lagi tu), Mak cik (tudung purple) dan Maksu (tudung merah)
Makcik bergambar ngan Makcik.. tengok Mukhriz pun pakai baju kuning gak tahun ni.
Bergambar ngan abi, ibu dan Mukhriz. Semua pakai baju kuning kecuali ibu.. Kenapa ibu pakai baju hijau??
Sebab ibu tak jumpa jubah kuning yang sesuai.. alst2 amik hijau.. kira hijau kuninglah tu.
Minta maaf yer Mukhriz.
Farish memang kena minta maaf banyak2 kat Mukhriz. Farish selalu buli Mukhriz. Walaupun Farish lagi muda dari Mukhriz, tapi Mukhriz tak berani ngan Farish sebab Farish suka buat dia. Brutal sungguh Farish ni kan...
Apapun, kepada semua Muslimin dan Muslimat.. Farish ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri..
Tahun ni Farish kumpul duit raya banyakkk.. Kira2 Farish dapat dekat RM400 dah... Alhamdulillah..
Bolehlah abi top up akaun didik ngan Nuri Farish nanti..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Aug-2009 05:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
|
|
Lamanya ibu tak update FP Farish.. Ibu kata ia takde masa, lagipun takdak gambar baru nak upload.. (sebenarnya ibu tu asyik berforum, ber FB dan update blog dia).. sebenarnya kesian ibu, ibu tak berapa larat. Hari tu ibu MC seminggu sebab sakit belakang yg teruk. Sekarang ni ibu kena buat treatment kat Physio. Dan sejak tu ibu dah tak dukung Farish, abi yg kena dukung Farish..
Okay! Farish rasa belum terlewat Farish nak wish SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam seluruh dunia. Farish tak puasa tapi Farish tiap2 pagi bangun sahur.. siap makan lagi.. mana boleh semua orang makan, Farish tak makan..
Baju raya??? Ibu dan abi janji nak beli baju baru kat Farish. Ibu tahun ni takdak baju raya sebab adik kat dalam tu dah makin besar.. Kesian ibu Farish tengok, nak bangun pun kena slow2.. tapi Farish tau ibu kuat... Chaiyok ibu...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Jul-2009 05:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
final day In Medan
|
|
Akhirnya tiba hari terakhir bercuti.. pagi tu bangun pagi, ibu dah siap2 packing barang.. pastu kami pi breakfast.. after breakfast ibu ajak abi ngan Farish pergi kat swimming pool.. bestnyer..
Ibu ni bawa Farish pergi pool, tapi bukan nak mandi pon..
Farish juga seorang pencinta laam tau.. tengok sampai merangkak2 Farish nak tengok bunga tu
excitednya Farish bila pagi-pagi dapat hirup udara nyaman camni.. (kat rumah ibu tak pernah pon bawa jalan-jalan pagi2 -camner nak jalan, pg cuti jer ibu ngan abi pun bangun lambat)
Pas check out, kami pun nak balik ke Medan semula. On the way singgah pulak kat Kolam Air Panas. Kolam air panas kat sini bukan macam kat Malaysia. dia jadi hasil dari belerang gunung berapi. Panas... tapi farish tak pegang pun air tu.. Abi jer yang masuk rendam2 kaki.
.
Hahah! ntah camner, abi taktahu yang kolam tu makin dalam.. abi selamba ja jalan dan GEdEBUSH! jatuh ! habih basah baju abi.. dan ibu pon kena selongkar balik beg cari baju lain kat abi..
Ini adalah bekas gunung berapi yang masih berasap lagi.. dah lama dah gunung ni meletup, tap iasap dia sampai sekarang ada lagi..
Farish tak boleh jalan-jalan kat situ, tempat dia basah, takut Farish pulak jatuh macam abi jugak.. So Farish lepak jer ngan Kak Ika..
dan lepas tu kami pun terus pulang ke Medan. Sampai kat Medan, lunch buat kali terakhir, dan lepas tu terus ke Airport.. Check in dan BYE-BYE MEDAN
Terima Kasih Farish ucapkan (bagi pihak ibu dan abi) kepada semua orang2 Medan, PArapat dan Brastagi terutama Pak Ram dan Kak Ika.. Nanti ada rezeki Farish datang lagi kay..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Jul-2009 23:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan Parapat & Brastagi
|
|
Hari kedua, kami dibawa pergi ke Parapat pulak.. tempat ni terkenal dengan Danau Toba, tasik yang amat luas.. perjalanan amik masa dekat 4jam jugak, sempat Farish tido sepanjang jalan tu...
Sampai sana dah pukul 2, kami lunch dulu, pastu pergi check in..Kami menginap kat Danau Toba cottage plak...
Farish ditengah2 pokok bunga
petang tu nak gi terus Pulau Samosir tak sempat, so kami jalan2 soping kat Parapat tu dulu.. pilih2..
Petang tu dah takde aktiviti sebab dah letih.. esok nak kena bangun awal sebab bot gi Pulau Samosir tu kul 8pg esok..
esok pagi2 terus breakfast, dan lepas tu check out dan terus naik bot ke Pulau Samosir..
Ibu sempat bergaya atas bot.. kami menyusuri Danau Toba nie..
On d way tu Farish tido sebenarnya..
Dah sampai kat Pulau Samosir.. dan kami landing kat Kampung Tomok (Tomok ni dah dapat 1 juta terus beli pulau tu.. hehehe!)
pastu kami rayau2 dan soping sikit kat situ.. kat situ takleh soping sangat, orang Batak ni garang2.. Sian hubby kena marah sebab tanya harga barang, tapi tak beli...
Inilah rumah orang Batak Toba.. bumbung dia semua mcm tu dan pintu dia kecik jer.. Kak Ika kata untu kelak maling (pencuri masuk)
Ini pulak Patung Menari si Gale2.. menurut cerita siGale2 ni diukir oleh ayahnya.. disebabkan gale2 ni anak lelaki tunggal, ayah dia sgt sedih dia mati.. lalu diukir patung ni sebijik muka anak dia.. bila dia rindu dia kana seru nama roh anak dia akan masuk dalam patung dan menari2 untuk hiburkan ayahnya..
Ini pulak muzium Batak.. tempat pameran barang2 kraftangan orang batak..
Kat sana ibu tak bawak Farish jalan sangat, sebab banyak kubur2 dan kawasan pemujaan.. lepas habis 2 jam kat Pulau tu, kami pun balik ke Parapat.. Kejap, nak posing depan jeti jap..
Balik tu kami naik bot lagi.. kali ni Farish dah tak tido.. Farish leh enjoy naik bot..
Sampai kat Parapat balik, kami terus bertolak ke Brastagi pulak.. on the way tu nampak pemandangan Danau Toba yang sangat cantik..
On the way nak pergi Brastagi kami singgah ke Air terjun Sipiso-piso.. tinggi air terjun tu.. Yang ajaibnya, air terjun ni datang dari celah2 bukit, dan tidak mengalir masuk ke laut @ danau pun.. itulah indahnya ciptaan Allah..
posing skit... comel tak??
Lepas 4 jam perjalanan, kami pun sampai kat Brastagi, pergi lunch dulu dan lepas tu ronda2 kota Brastagi tu..
Geramnya arnab ni, macam nak bawak balik jer sekor.. tapi kapal terbang takleh bawa binatang..
Pastu, Farish naik kereta kuda lak.. best,, jalan-jalan kat kota Brastagi..
Dan lepas jalan-jalan tu kami pun balik hotel.. kali ni duduk Hotel Grand Mutiara, memang grand hotel ni.
sampai jer Farish terus golek-golek kat atas katil tu.. Farish jadi ultraman, power rangers dan macam2 lagi
dan akhirnya Farish dan abi tertidor.... sampai pagi
bilik ni best sangat sebab takde aircond.. tapi sejuknya kalah macam ada aircond...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Jul-2009 10:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farish In Medan
|
|
17hb hari tu, Abi dan ibu bawa Farish jalan-jalan ke oversea.. bukan jauh pun.. Pergi Medan jer.. tak kisahlah janji abi dan ibu bawa Farish jalan-jalan makan angin..
Perjalanan kami bermula pada jam 2ptg.. Dari rumah ke Airport Penang lebih kurang 2jam.. selepas parking keta kat USM.. sekolah abi, kami naik teksi pergi ke airport..
kat sana Farish suka sangat sebab Farish boleh jalan-jalan.. tengoklah apa Farish buat kat sana..
Farish buat part time jadi porter kat sana..
Abi bergaya macho sambil beratur nak check in.
Farish bersiar2 di kedai2 survenior.. sebenarnya boring sebab flight delayed sejam..
Jam 8.15pm barulah flight kami bertolak ke Medan.. tengoklah akibat meronda airport Farish pon
letih sangat nie.. tak sedar diri..
Jam 8.00 (waktu Indon), kami sampai kat Polonia airport Medan dn disambut oleh Pak Ram.. sebab letih pas dinner kami terus ke Hotel Danau Toba Internasional.. Best, bilik dia besar...
kata porter kat hotel tu,bilik kami duduk tu adalah bilik pak jeneral.. tak kiralah pak jeneral ka, pak presiden ker, yang penting kami nak tido... Zzzzzz
Esoknya, pagi2 gi breakfast dulu.. nyam nyam nyamm
sedapnya kentang goreng ni...
Lepas breakfast, kami pergi ke Muzium Pak Rahmat, muzium haiwan2 buruan yang telah diawet..
banyak binatang kat situ.. dari yang besar, ke kecik, dari yg garang ke jinak.. Farish excited sangat.. sebab Farish boleh teroka sendiri...
Pastu kami pergi ke Istana Maimon, kena visit kalau pergi ke Medan.. tapi hari tu ada kuliah agama, so tak dapat nak bergambar ngan pakaian diraja.. dengarnya raja kat situ berusia 12 thn.. mudanya dah jadi raja..
Dan lepas tu kami melawat Masjid AlMashun, masjid terbesar kat Medan
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Jul-2009 13:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farish nak pergi bercuti
|
|
Hmm weekend ni ibu nan abi nak bawa Farish jalan-jalan.. teka abi ngan ibu nak bawa Farish pergi mana??? Ibu ngan abi nak bawa Farish pergi Medan Indonesia... (ada sapa nak ikut???)
Farish pun tak tau Medan tu kat mana.. tapi ibu selalu cakap, nanti kita pergi naik flight.. macam time kita pergi Sarawak dulu... Wah! ni yang tak sabar nii..
Tapi sebelum pergi Medan tu, Farish kena tinggal ngan abi dulu sebabnya ibu kena jadi urusetia kursus kat Langkawi dari 14- 17hb.. Kena tinggal lagi.. Ibu ni asyik kursus, meeting.. tak de kerja lain ker.. Sian abi, asyik kena tinggal jer..
Tapi ibu cakap, pasni ibu dah takgi meeting or kursus jauh2.. sebab ibu dah takleh naik flight.. Adik dalam perut ibu dah makin besar, dah takleh naik flight lagi..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Jul-2009 15:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teka siapa ini???
|
|
Hehehe!
Cuba teka sapa saya??
Hehehe!.. inilah buah hati ibu... ekcelli, time tu ibu tengah dok lipat baju, Farish memang suka "tolong" ibu lipat baju.. Dan Farish jumpa tudung ibu ini, dan Farish tahu benda ini ibu sellau letak atas kepala.. Ini Farish pakai sendiri tau.. bukan ibu yang bubuh..
Tapi ibu takkan bagi Farish pakai tudung ni.. sebabnya Farish ni anak jantan.. Mana boleh nak 'adik-adik' gitu...
Auwww.. mak tak rela!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Jun-2009 15:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farish jalan-jalan lagi
|
|
Dah lama ibu tak update fotopages farish..
Ibu terlampau sibuk dan juga card reader selalu buat hal dan juga nak update gambar amik masa yang sangat lama..
Okay...
ni gambar Farish time pergi teman Maksu pergi temuduga kursus jahitan kat rimba Taqwa Sik..
Posing ngan Abi kat depan hostel
Lama sangat tunggu, Abi dan ibu bawa farish pergi taman mainan depan tu..
YEA! Farish sangat suka...
Main jongkang jongkit ngan abi
Main gelongsor.. Weeeeee...
Naik buai ngan abi.. Laju buaiku laju..
Dan akibatnya...
Farish tertido tak sedar diri...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-May-2009 21:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farish dan Takasima
|
|
Sebenarnya Abi baru beli kerusi urut Takasima ni. Time beli ni ada offer RM5000 dapat free gift dapur elektric dan 2,3 alat senaman.. Sejak kerusi urut ni ada kat rumah, kerusi ni dah jadi salah satu lagi port Farish untuk memanjat dan lepak..
Selalu tengok abi relax2 dok atas kerusi ni, pastu tengok badan abi goyang2, kadang tu sampai tertido abi.. tapi ibu tak pernah tengok guna pon.. Kata abi, ibu tak boleh guna lagi, sebab ibu tengah ada baby kat dalam perut.. Orang mengandung tak boleh naik kerusi ni lagi .... Farish tahu, abi saja beli sekarang sebab abi takyah rebut2 ngan ibu.. hehehe
Posing senget sikit atas kerusi ni
Apa tengok2, maila join
Arrrgh! makan dia... takut tak???
ada macam tuan besar tak?
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 > >>] [Archive]
|
|
 |
|